Assalamualaikum semua !!!
Agak lama menyepi. Memandangkan masing2 sibuk shopping raya & beraya sakan dengan baju baru, kasut baru, beg baru, & semuanya lah yg baru2. Disebabkan cuti yang sangat panjang, baru hari ni kami berkesempatan nk update blog comel ni. Sebelum terlambat "Selamat Hari Raya Aidilfitri" semua.. Even sebenarnya hari ni dah hari last dah pun, masuk 29 Syawal 1433..^_^..
oK, Entri pada kali ni kite cuci2 mata & otak sikit. Pernah dengar tak tentang GUDANG EMAS yang terdapat di NEW YORK, AMERIKA ??? kalau belum, jom kita tengok..
Sebelum tu kita selami dulu serba sedikit tentang GUDANG EMAS TERBESAR DI DUNIA ini.
HERE WE GO....
Federal Reserve Bank of New York terletak di Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Ia mula dibuka pada 16 November 1914.
Yang menarik tentang gudang Emas ini iaitu ia boleh menyimpn lebih dari 12 000 JUTA ton Emas.. Woww... Kalau dapat seketul bawak balik pun dah rase cukup kaya dah.. Ada orang yg mengatakan sebagai harta terpendam terbesar di dunia yg mana ruang simpanannya dibangunkan kedalaman sekitar 15 meter dibawah permukaan laut.
Gedung ini dibina seakan istana. Kawalan yg sangat ketat iaitu kamera dan pintu yang sentiasa dijaga polis bersenjata lengkap membuktikan bahawa mereka sngat menekankan keselamatan yg rapi.
Pejabat New York Federal Reserve bank. Ini merupakan pintu keluar masuk ke tempat itu. Semua orang boleh berkunjung ke tempat ini , tapi mestilah ada perjanjian terlebih dulu iaitu 1 hingga 3 bulan sebelumnya.
Gudang ini dibina di bawah tanah dgn ketebalan dinding gudang hingga beberapa meter di bawah jalan raya yg sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of Englands's City of London.
Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yg disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jongkong emas itu dikatakan seberat 4, 600 tan.
Apa yg kita saksikan dalam gambar ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London Tower 42.
Untuk membuka pintu masuk ke Gudang Emas ini saja,memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Belum lagi termasuk pelbagai alatan canggih keselamatan lain yg terdapat di situ. Sangat mengagumkan..